6 Sebab Kenapa Buku Ini Akan Buat Isteri Sangat Lega, Bahagia & Senyum Lebar.
Satu 'terapi' buat isteri yang sering diabaikan.

INI ADALAH EBOOK, BUKAN BUKU FIZIKAL.
SEBAB #1
Buku ni bagi suami sedar yang 'habis' bila 'bersama' adalah satu keperluan, bukan bonus untuk isteri.
Ya, ianya adalah satu keperluan bagi seorang isteri yang perlu dia dapat at least seminggu sekali.
Itulah hakikatnya.
Baik dari segi fisiologi badan seorang wanita, mahupun psikologinya.
Kesan buruk bila isteri jarang 'habis' bila bersama ni, sangat lah banyak.
Ini bukan tekaan saya, tapi terbukti melalui kajian saintifik.
Cuma suami dan juga isteri tu sendiri tak pernah tahu pun tentang kesan buruk ni.
Sejak dari kahwin, suami tak pernah miss untuk 'habis' bila bersama.
Mereka sentiasa dapat keperluan ini.
Sebab tu mereka tak faham bagaimana rasanya.
Tapi bagi isteri, bila bersama tapi tak habis ni, tak ubah macam makan tapi tak kenyang.
Buat something tapi tak 'habis', berhenti sekerat jalan.
Hubungan intim adalah satu aktiviti yang patut ada penamatnya.
Bukan untuk suami je, tapi juga untuk isteri.
Bayangkan, kalau bertahun lamanya kita makan tapi tak kenyang, rasa macam tak patut kan?
Ya, semua confirm setuju.
Tapi bila bab bersama, kenapa ramai anggap ianya sekadar bonus buat isteri?
Kalau ada, kira ada lah.
Kalau takda? Redha jela.
Semua ni dah jadi macam norma di Malaysia ni, takda siapa akan argue bab ni.
Baik si isteri tu sendiri sekalipun.
Nak cerita masalah ni pada orang lain?
Mana boleh, itu rahsia suami isteri.
Isteri terpaksa pendam seorang diri, bertahun lamanya.
Jadi buku Formula Lidasutra ni akan terangkan satu-satu kesan buruk yang berlaku, secara saintifiknya, supaya suami akhirnya tersedar,
"Ya Allah, kesian isteri aku, selama ni terpaksa tanggung semua ni. Tak sangka seteruk tu."
SEBAB #2
Buku ni akan buat isteri tersedar betapa banyak duit dia dah habis, hanya sebab jarang 'habis' ni.
Ya, awal-awal ni, anda takkan nampak di mana logiknya ayat atas ni.
Tapi tunggu lepas anda habis baca, anda akan setuju.
Sebenarnya, Allah swt ciptakan fungsi 'habis' ni sebagai satu bentuk terapi untuk bantu isteri.
Kajian terkini dah buktikan, ketika 'habis', begitu banyak sekali proses yang berlaku.
'Habis' bukanlah untuk kepuasan semata-mata.
Bukan!
Jadi isteri ni tersangatlah berat beban tanggungjawabnya.
Apatah lagi jadi ibu.
Pada masa sama, isteri tu juga terpaksa jalankan tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya sendiri.
Lagi berat, kalau isteri tu terpaksa cari nafkah untuk keluarga juga.
Kiri kanan, atas bawah, depan belakang, segala beban seorang isteri tu perlu tanggung.
Hormon stress dia sebenarnya sangat tinggi dalam badan, setiap masa.
"Alahh, hormon stress je pun, jangan over sangat!"
Tahukah anda, hormon stress ni lah punca segala macam masalah bagi isteri?
Sebab hormon ni lah, lepas kahwin, isteri akan alami banyak perubahan pada diri dia.
Badan jadi obese.
Berat susah turun.
Kulit muka jadi berkedut.
Muka hilang serinya.
Rambut gugur banyak.
Period jadi tak teratur.
Kesuburan akan berkurang.
Sudahlah bertahun jarang-jarang dapat, sekarang isteri tu juga kena tanggung segala akibat buruk ni.
Maka gigihlah isteri tu, habiskan masa dia.
Habiskan beribu duit dia.
Semata-mata nak fix segala kesan buruk ni.
Beli jamu, beli shake untuk kurus, beli skin care, beli tonik rambut.
Sebelum tidur pun dia gigih sapu 4 jenis skin care kat muka, semata-mata untuk cantik di mata suami.
Suami?
Tak sapu apa-apa pun, kulit jauh lagi sihat dari isteri.
Pernah terfikir kenapa?
Sebab suami sentiasa dapat 'terapi' untuk fizikal dan mental dia.
'Terapi' yang PERCUMA!
Tahukah anda, ketika 'habis', badan akan 'flush' hormon stress?
Hormon stress suami sentiasa dikurangkan, selang beberapa hari.
Bayangkan kalau isteri tu jarang 'habis', dia terlepas peluang untuk 'flush' hormon stress dia!
Ini baru 1 kesan buruknya, dalam buku ni ada terangkan 8 kesan buruk yang sangat teruk.
Anda akan terkejut bila tahu semua fakta ni.
Sebab tu buku Formula Lidasutra ni akan buat isteri jadi sangat lega.
Buku ini akan bantu ajarkan kaedah mudah untuk suami bagi isteri 'habis' ketika bersama.
Isteri akhirnya akan dapat 'terapi' yang dia sangat-sangat perlukan.
SEBAB #3
Buku ni akan bantu elakkan anak-anak jadi tempat isteri lepaskan 'emotional burden' yang dah tak tertanggung.
Antara kesan buruk yang lain bila jarang 'habis', sebenarnya beban emosi yang perlu isteri tanggung tu sangat lah berat.
Ini bukan saya kata, tapi kajian juga dah buktikan.
Jauh dalam hati isteri, dia sebenarnya rasa ketidakadilan tu, tapi dia terpaksa pendam.
Walaupun suaminya baik dan bertanggungjawab, tapi jauh dalam hati dia, dia rasa suaminya selfish.
Tapi dia diamkan juga.
Itulah mulianya seorang isteri.
Tapi beban emosi yang ditanggung, lama-lama akan jadi 'kanser' yang membarah dalam diri dia.
Sebab tu jangan terkejut, isteri yang dulunya lemah lembut, lama-lama jadi sangat panas baran.
Pantang tak kena sikit je, akan melenting.
Secara tak langsung, anak-anak yang jadi mangsa!
Nak marah suami lebih-lebih, nanti diherdiknya suami.
Jadi segala beban tu, dilepaskan pada anak-anak.
Even anak tertumpah air pun, boleh buat dia 'meletup' dengan emosi.
Sebab tu pentingnya segala beban emosi tu dilepaskan ketika 'habis' bila bersama suami.
Sains dah buktikan betapa 'habis' ni satu cara yang sangat berkesan untuk lepaskan emotional burden seorang isteri.
Jadi, ebook Formula Lidasutra ni akan bantu isteri untuk dapat 'release' kan tekanan tu.
Sebelum ianya meletup jadi konflik yang lagi besar.
SEBAB #4
Buku ini akan buktikan semua isteri mampu untuk 'habis', bukan mereka yang bermasalah.
Satu perkara yang paling menyedihkan saya, bila mana isteri tu sendiri rasa diri dia bermasalah.
Suami akan mula persoalkan kenapa isteri dia tu sangat susah nak 'habis'.
Lama-lama, isteri tu akan rasa dia tak normal, sebab dia tak mampu 'habis'.
Rasa diri tak normal ni lah yang akan hancurkan self-confidence isteri tu.
Sedangkan, realitinya, ramai suami yang tak tahu cara yang betul untuk bagi isteri 'habis'.
Masalah tu bukan pada isteri pun.
Sedih untuk kita terima, tapi majoriti suami belajar bab bersama ni melalui video terlarang.
Mereka anggap itulah kaedah yang betul.
Kemudian, mereka copy & paste cara sama pada isteri.
Malangnya, semua lakonan tu sangat bertentangan dengan fitrah seorang isteri.
Bagai langit dan bumi bezanya.
Jangan kata suami, para isteri sendiri ramai tak faham pun tentang fitrah diri mereka bila bab 'bersama' ni.
Mereka sendiri takda ilmu tu, digandingkan dengan suami yang juga ada ilmu yang salah, hasilnya?
Sampai ke sudah majoriti isteri susah nak 'habis'.
Wanita ni sebenarnya sangat complex kejadian mereka.
Sebab tu saya cipta sendiri Formula Lidasutra ni, supaya para suami tahu formula-nya, agar takda satu komponen pun diabaikan.
Realitinya, nak bagi wanita 'habis' ni, dia bukanlah satu seni yang subjektif.
Ianya sains semata-mata.
Ada formula yang perlu dipenuhi, barulah isteri boleh 'habis'.
Selagi mana ada komponen yang tertinggal, isteri takkan 'habis', takkan.
SEBAB #5
Buku ini akan bantu suami yang secara fizikalnya, memang tak mampu untuk 'habis' kan isteri.
Kadang-kadang, isteri tu tak 'habis', bukanlah sebab suami tu takda kesedaran tu.
Ramai je suami yang kesian pada isteri.
Tapi secara fizikalnya, mereka tak mampu untuk bertahan cukup lama untuk 'habis' kan isteri.
Kalau suami tu sendiri 'habis' dalam 5 minit, hampir mustahil untuk isteri tu juga 'habis'.
Ramai je yang ada masalah kesihatan macam kencing manis, yang buatkan area 'situ' jadi lemah.
Ada juga yang sakit jantung, sehingga bagi kesan pada stamina.
Tak kurang juga suami yang obese, sampai ganggu prestasi dia.
Atas sebab kekangan fizikal ni lah, ramai suami jadi tak mampu.
Sebab tu buku Formula Lidasutra ni akan ajarkan satu kaedah yang universal.
Walau apa pun kekurangan suami tu, isteri tetap boleh 'habis', dijamin!
Sebab itu pentingnya ilmu yang betul.
Hanya dengan ilmu, boleh selamatkan suami yang seperti ini.
Cuma malangnya, lagi ramai suami sanggup beli ubat kuat yang akhirnya hanya rosakkan buah pinggang.
Tak kurang juga yang beli spray kebas, yang akhirnya akan rosakkan saraf kat 'situ'.
Ubat-ubat macam ni bukan murah, harga semua cecah ratus-ratus.
Last-last, bukan je duit habis beribu, tapi kesihatan juga terjejas.
Itu yang kita baca berita ramai suami macam ni yang akhirnya kena dialisis, sebab kidney failure.
Buku Formula Lidasutra ni akan ajar mereka kaedah khusus yang tak perlukan apa-apa ubat, suplemen ataupun alat tambahan pun.
Tapi isteri gerenti 'habis'.
SEBAB #6
Buku ini bukan saja ajar step-by-step pada suami, tapi juga nasihat secara berhikmah.
Saya sebagai penulis buku ni, saya juga seorang suami.
Jadi penulisan buku ni memang saya tulis secara direct untuk bercakap dengan para suami di luar sana.
Buku ni tak ditulis untuk bercakap dengan isteri.
Pertamanya, sebab kurang manis untuk saya sebagai lelaki bercakap bab 'bersama' dengan pembaca wanita yang juga isteri orang.
Tapi bukan bermakna isteri tak boleh baca.
Ilmu tu tetap isteri dapat, cuma cara penulisan saja seperti saya bercakap dengan suami.
Sebab yang kedua, seorang suami perlukan nasihat dari seorang suami juga.
Realitinya, sebagai isteri, walaupun anda ada 1001 nasihat nak bagi pada suami, kemungkinan besar akan timbulkan perbalahan je.
Itulah fitrah seorang lelaki, ego kami tinggi.
Jadi buku Formula Lidasutra ni bukan saja akan ajar secara praktikal pada suami, tapi juga saya jadi tukang cakap bagi pihak isteri kat luar sana.
Supaya nasihat tu sampai bersama hikmahnya, tanpa tercalar ego suami di luar sana.
Itulah matlamat buku ni.
Atas sebab tu juga lah, buku ni ditulis dengan penulisan yang sangat santai, macam bersembang dengan sahabat je.
Diselitkan juga dengan lawak jenaka, untuk ringankan isu yang berat ni.
Setiap ayat dalam buku ni juga sangat menghormati para isteri, semua jelas tapi tidak melucah.
Setiap kaedah yang dikongsikan juga dijamin tidak melanggar hukum syarak dalam agama Islam.
Buku ni juga ditulis berdasarkan realiti rumahtangga sebenar, bukanlah atas fantasi.
Kita berpijak pada bumi yang nyata, alam perkahwinan bukan fairy tales.
Dan setiap penjelasan secara saintifik dalam buku ni juga dijelaskan dengan sangat mudah faham.
Supaya bukan suami je faham, isteri yang baca pun boleh faham tentang sains diri mereka sendiri.
Setiap step-by-step juga dilengkapi dengan illustrasi yang bukan lucah, tapi lebih kepada sains.
Supaya suami tak tersalah faham kaedahnya.
Akhir kata, semoga buku Formula Lidasutra ni dapat bantu bahagiakan rumahtangga pasangan suami isteri kat Malaysia ni.
Percayalah, walaupun kita ada rasa segan untuk baca buku seperti ni, tapi inilah asas dalam rumahtangga.
Selain ilmu agama yang perlu kita belajar, ilmu sebegini juga kita tak boleh abaikan.
Jika lemah asas ni, boleh goyah rumah dan juga tangganya.
Semoga bermanfaat.
Ikhlas,
Penulis Formula Lidasutra.